Kes Penipuan Internet Di Kelantan Dilaporkan Semakin Meningkat

Dengan perkembangan arena jual-beli atas-talian di Malaysia, salah satu perkara yang turut memperlihatkan peningkatan adalah penipuan melaluinya. Terkini, menurut Ketua Polis Negeri Kelantan, kes penipuan melalui internet dilaporkan meningkat dan semakin membimbangkan.

Salah satu penipuan yang amat ketara adalah penipuan menerusi laman sesawang Mudah.my. Pada tahun lepas, angka penipuan yang dilaporkan adalah sebanyak 39 kes, tetapi ia meningkat kepada angka 90 kes sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Selain daripada itu, beberapa jenis penipuan lain turut dilaporkan, termasuk berbentuk “Macau Scam” – dimana pengguna dihubungi melalui telefon sebagai seorang pegawai Bank Negara, dan meminta mereka memindahkan wang ke akaun lain, sekaligus memperdayakan mereka serta mencuri duit milik mereka.

Dengan kadar yang meningkat ini, para pengguna diminta berhati-hati dengan jual-beli di internet, dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai jenis penipuan.

Nota: