Microsoft Memperlihatkan Fungsi Baru Yang Akan Hadir Pada Windows Phone 8.1 Update

Dengan Windows Phone 8.1 yang telah diperkenalkan kepada pengguna secara berperingkat, kini pihak Microsoft berkongsi mengenai kemaskini seterusnya yang akan hadir daripada mereka, dan bakal diperkenalkan kepada pengguna Windows Phone 8.1.

Live Folder

Windows Phone - Live Folder

Seperti pelbagai desas-desus sebelum ini, Windows 8.1 Update akan menyertakan sokongan Live Folders, dimana pengguna boleh mengumpulkan suatu koleksi aplikasi didalam satu folder, dan meletakkannya di Start Screen. Pengguna turut boleh menamakan folder berkenaan, dan pengguna turut boleh menyusun saiz Tiles didalam folder berkenaan.

Store Live Tile

Aplikasi Windows Phone Store turut menerima kemaskini, dimana kini sekiranya pengguna pin akan ia pada Start Screen, ia akan berfungsi sebagai Live Tile, dan memaparkan info baru yang dikemaskini setiap enam jam melaluinya.

Pengurusan SMS

Windows Phone - SMS

Melalui Windows Phone 8.1 Update, pengguna boleh memilih lebih daripada satu mesej untuk memadamkannya ataupun menghantar ia kepada seseorang (forward).

Apps Corner

Windows Phone - Apps Corner

Fungsi Apps Corner dilihat ditujukan untuk penggunaan perniagaan dan perusahaan, dimana ia boleh ditetapkan berkenaan apakah aplikasi yang boleh diakses, selain boleh boot terus ke sesuatu aplikasi khusus apabila memulakan peranti.

Microsoft memberikan contoh dimana dengan menggunakannya di pusat pengedaran, pengguna boleh terus membuka telefon Windows Phone mereka, dan ia akan memulakan aplikasi pengimbas untuk mereka mengimbas produk-produk untuk penghantaran.

Lain-Lain

Windows Phone 8.1 Update turut membawa beberapa penambahan lain, termasuk sokongan Cortana untuk beberapa buah negara baru, selain kebolehan untuk menghantar dan menerima data melalui VPN ketika menggunakan WiFi Hotspot.


Menurut Microsoft, bagi mereka yang sedia menggunakan Windows Phone 8.1 Preview untuk pembangun, mereka akan mula menerima kemaskini ini secara berperingkat bermula minggu hadapan. Pengguna umum dijangka akan menerimanya dalam masa beberapa bulan lagi.

Nota: