Seperti pada tahun lepas, untuk tahun ini, pihak Google turut menyediakan sebuah halaman hab khas bersempena dengan bulan Ramadhan, mengetengahkan pelbagai produk daripada mereka dan penerbit lain yang boleh membantu pengguna.
Melalui halaman khas tersebut, pihak Google menekankan kepada penggunaan beberapa perkhidmatan mereka, seperti Google Calendar untuk mencatatkan agenda, Google Maps untuk membuat perancangan perjalanan, Google Keep untuk menyimpan nota dan sebagainya.
Google turut mengumpulkan sejumlah video khas daripada YouTube yang meliputi beberapa perkara, termasuk berkaitan resipi makanan, dan beberapa perkara lain berkaitan dengan Ramadhan.
Tidak ketinggalan adalah halaman di PlayStore, mengetengahkan beberapa aplikasi yang terdiri daripada yang berkaitan berkenaan fotografi, sehinggalah pencarian resipi, dan sebagainya.