Ucaptama Google I/O 2014 Bakal Disiarkan Secara Langsung Melalui Web

Google I/O merupakan salah satu acara tahunan daripada Google dimana mereka berkongsi pelbagai perkembangan terkini mengenai produk dan perkhidmatan mereka, disamping berkongsi beberapa perkara memfokuskan pembangunan dan pengaturcaraan bersama-sama pembangun.

Untuk tahun ini, acara berkenaan akan diadakan selama dua hari, dan ia akan bermula pada tengah malam ini. Seperti biasa, pihak Google akan menyiarkan acara ucaptama untuk Google I/O melalui saluran YouTube mereka, dan mereka yang berminat boleh mengikutinya dengan mudah.

Untuk tahun ini, antara perkara yang dinantikan selain daripada perkembangan Chrome, Google+, dan termasuk perkembangan berkaitan Android yang meliputi Android Wear serta Android TV.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung untuk acara berkenaan di Amanz.

Nota: