Klien RSS Untuk Mac – Reeder 2 Diterbitkan Di Mac App Store

Pembangun Reeder 2 sebelum ini telah memulakan ujian beta untuk aplikasi Mac mereka, dan hari ini ia dilihat mereka telah pun menerbitkan aplikasi berkenaan secara rasmi di Mac App Store.

Reeder

Reeder 2 merupakan sebuah klien RSS untuk Mac, dimana melalui kemaskini yang hadir ini ia membolehkan pengguna menggunakan klien berkenaan dengan pelbagai perkhidmatan popular seperti Feedly, Feedbin dan sebagainya. Versi baru ini juga hadir dengan beberapa pilihan tema, selain sokongan gesture untuk mengawalnya.

Bagi mereka yang inginkan sebuah klien RSS pada Mac, mungkin boleh menyemak aplikasi ini, dimana ia ditawarkan pada harga $9.99 di Mac App Store.

Nota: