9 warga Australia dilepaskan

Utama

mhusni@hmetro.com.my

Sepang: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan tanpa sabitan terhadap sembilan lelaki warga Australia yang ditahan kerana memakai seluar renang yang memaparkan corak Jalur Gemilang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu.

Hakim Harith Sham Mohamed Yasin bagaimanapun memberi amaran kepada kesemua tertuduh supaya tidak mengulangi perkara sama pada masa depan selain memahami budaya dan sensisitivi negara termasuk Malaysia.

Harith Sham juga menyatakan bahawa biarpun perlakuan itu boleh diterima di negara tertuduh namun ia tidak boleh diterim negara ini.

Tertuduh berkenaan iaitu Jack Walker, Edward Leaney, Nick Kelly, Thomas Laslett, Thomas Whitworth, Brendan Stobs, Timothy Yates, James Paver dan Adam Pasfield masing-masing berusia 25 hingga 29 tahun itu ditahan di Litar SIC Sepang pada Ahad lalu.

Terdahulu, kesemua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman dan denda maksimum sehingga RM400 jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh iaitu Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah memohon kepada hakim untuk melepaskan tanpa sabitan terhadap semua tertuduh mengikut Seksyen 173 (A) (a) Kanun Tatacara.

Terdahulu, seorang daripada tertuduh, Thomas Whitworth turut membacakan surat yang menyatakan permohonan maaf dan kekesalan kerana menimbulkan kegusaran dan menyentuh sensitivi kepada rakyat Malaysia di atas perlakuan mereka itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad dibantu Faten Hadni Khairuddin.

Image: 
Mohd Husni Mohd Noor

Sepang: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan tanpa sabitan terhadap sembilan lelaki warga Australia yang ditahan kerana memakai seluar renang yang memaparkan corak Jalur Gemilang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad lalu.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: