8 Pembaharuan Xiaomi Mi4 Berbanding Xiaomi Mi3

Xiaomi telah menjadi salah satu syarikat yang digemari ramai, disebabkan kebolehan mereka menawarkan peranti pada harga rendah, disamping penggunaan cara pemasaran hunger marketing. Terkini, hari ini pihak Xiaomi telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baru daripada mereka, dinamakan sebagai Xiaomi Mi4.

Xiaomi Mi4

Xiaomi Mi4 merupakan telefon pintar flagship daripada mereka untuk tahun ini, dimana menyertakan pelbagai spesifikasi terkini, dan akan menggantikan penjualan Xiaomi Mi3 dalam masa beberapa bulan lagi.

Jadi, dengan pengenalan Xiaomi Mi4 ini, mmungkin anda yang sedia menggunakan peranti Xiaomi tertanya-tanya apakah antara pembaharuan yang dibawakan olehnya. Adakah pembaharuan ini berbaloi untuk anda menaik-taraf peranti sedia ada, dan pelbagai persoalan lain. Melalui artikel ringkas ini, kami melihat kepada beberapa perkara baru yang dibawakan oleh Xiaomi melalui Mi4 berbanding dengan Mi3.

Binaan Berasaskan Bingkai Logam

Xiaomi Mi4 membawakan binaan bingkai berasaskan logam, sekaligus membawakan rekaan peranti yang lebih premium berbanding Mi3. Mi3 sebelum ini membawakan rekaan unibodi, sementara Xiaomi Mi4 dilihat membawakan bingkai dengan beberapa pilihan kerangka belakang yang mana pengguna boleh mengubahnya mengikut kegemaran mereka.

Bahagian Tepi Kerangka Skrin Yang Amat Nipis

Xiaomi Mi4

Pihak Xiaomi turut memfokuskan kepada rekaan bahagian tepi yang amat nipis berbanding sebelum ini, sekaligus memudahkan pengguna untuk menggunakan telefon pintar bersaiz 5-inci ini menggunakan sebelah tangan.

Xiaomi turut mengatakan yang mana mereka telah mengoptimasikan perisian, membolehkan ia mengelakkan input secara tidak sengaja seperti input daripada tapak tangan dan sebagainya ketika menggunakan ia pada sebelah tangan.

Kamera Ditambah Baik – Kamera Hadapan 8-megapixel

Xiaomi Mi4

Kamera belakang pada Xiaomi Mi4 kekal pada sensor 13-megapixel pada f/1.8 berbanding f/2.2 di Mi3. Perkara ini membolehkan rakaman pada Xiaomi Mi4 lebih menarik berbanding versi sebelumnya.

Disamping itu, salah satu perkara yang menjadi fokus ramai akhir-akhir ini adalah sokongan selfie, dan pihak Xiaomi menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian hadapan untuk tujuan tersebut – selain turut digunakan untuk panggilan video dan lain-lain.

Sokongan Rakaman Video 4K

Xiaomi Mi4

Xiaomi Mi3 sebelum ini sekadar membawakan fungsi rakaman video 1080p sahaja, dan kini dengan pelbagai peranti membawakan sokongan rakaman video 4k, pihak Xiaomi turut tidak ingin ketinggalan untuknya.

Beberapa fungsi kamera lain yang turut hadir adalah AF Object Tracking, Refocus seperti beberapa peranti lain, Real-Time HDR dan beberapa yang lain.

Sokongan IR

Xiaomi Mi4

Sokongan IR digunakan pada beberapa peranti flagship lain dalam memudahkan pengguna mengawal beberapa perkakasan elektrik lain, dan pihak Xiaomi turut menyertakan sokongan untuknya pada Mi4.

Menggunakannya, pengguna boleh mengawal televisyen, penghawa dingin, kipas, lampu, dan pelbagai peralatan lain yang menyokong IR.

Menggunakan Skrin Walaupun Ketika Tangan Basah

Xiaomi Mi4

Pihak Xiaomi tidak bercakap mengenai sokongan kalis air, sebaliknya mereka mengatakan yang mana skrin Xiaomi Mi4 boleh digunakan penggunakan walaupun ketika tangan mereka dalam keadaan basah.

Pengecasan Pantas

Qualcomm sedia menyediakan teknologi Quick Charge, dan dengan Xiaomi Mi4 yang menggunakan cip terkini daripada Qualcomm, mereka turut menyertakan sokongan pengecasan bateri pantas melaluinya.

Daripada apa yang dikongsikan, Xiaomi Mi4 boleh dicaj sehingga 60% dalam masa lebih kurang sejam menggunakan pengecas khusus untuknya.

Sokongan LTE

Xiaomi Mi4

Dengan sokongan rangkaian LTE yang semakin meluas dari hari ke hari, ramai pengguna yang mula mencari peranti dengan sokongan untuknya.

Mi4 kini hadir dengan sokongan rangkaian LTE, dimana buat masa pengenalan ini ia hanya menyokong gelombang rangkaian di China sahaja, dan bakal diperluaskan dengan sokongan global (FD-LTE) tidak lama lagi.

Nota: