672 Juta Tweet Dihantar Berkaitan Piala Dunia FIFA 2014 Di Twitter

Selain daripada Facebook, hari ini pihak Twitter telah mengeluarkan data berkaitan dengan Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung sepanjang tempoh sebulan yang lepas. Melaluinya, pihak Twitter mengatakan sebanyak lebih 627 juta Tweet telah dihantar berkaitan dengannya sepanjang tempoh tersebut.

Twitter Piala Dunia

Perkara ini sekaligus menjadikannya sebagai salah satu rekod baru untuk Tweet yang dihantar ketika sesuatu acara. Jikalau dilihat dari segi perlawanan, perlawanan Brazil dan Jerman ketika separuh akhir mendapat angka Tweet tertinggi, iaitu sebanyak lebih daripada 35.6 juta Tweet.

Twitter turut mengatakan yang mana ketika kemenangan Jerman di Piala Dunia FIFA 2014, sebanyak lebih 618,725 Tweet telah dihantar seminit, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu detik bersejarah.

Pihak Twitter turut menyediakan sebuah gambaran peta khusus, memperlihatkan bagaimana Twitter digunakan sepanjang Piala Dunia FIFA 2014 ini diseluruh dunia.

Nota: