5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rumahku syurgaku. Baiti jannati. Korang semua mesti pernah dengan ayat tu kan? Rumah dianggap seperti syurga dunia kerana di sinilah kita membina kasih sayang sesama keluarga. Ya, Teacher Muja pun sangat sayang dengan rumah Teacher Muja yang seadanya itu.

Pernah tak korang terfikir macam mana reka bentuk rumah seorang selerbriti atau artis? Mereka juga manusia biasa macam kita tetapi macam mana dengan kediaman mereka? Pastinya, rumah mereka jauh berbeza dengan yang kita punya. Jom terjah 5 rumah selebriti yang sangat cantik ini.

Kim Kardashian & Kanye West

rumah kim kardashian 199x300 5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik

Rumah agam pasangan Hollywood yang terletak di Los Angeles, California ini dibeli berharga lebih $10 juta. Seperti perkara lain yang pasangan ini pernah lakukan, pembelian rumah ini sememangnya sangat melampaui akal fikiran dengan stail yang sangat hebat. Rumah agam ini mempunyai bilik tidur yang sangat banyak, tempat letak kereta yang tidak akan penuh dan sebuah kolam yang sangat cantik di tepi sebuah taman yang luas.

Taylor Swift
rumah tylor swift 300x213 5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik
Taylor Swift, pencetus fenomena lagu-lagu country membeli sebuah rumah country di Beverly Hills. Rumah ini kelihatan seperti rumah dalam Little House on the Prairie tapi percayalah ia tidak begitu apabila kos pembelian rumah ini mencecah 4 juta dan menjadi rumah untuk keluarga penyanyi ini dan rakan-rakan menginap semasa mereka berada di bandar. Sebuah rumah berwarna putih dengan sentuhan country seperti batu pejalan kaki sangat sesuai dengan tema. Bahagian dalam pula dilengkapi dengan sofa lembut dan selesa, permaidani dan tempat perapian yan besar.
Miley Cyrus
rumah miley cyrus 300x196 5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik
Anak perempuan artis Hollywood yang semakin liar kini mempunyai sebuah rumah miliknya sendiri dengan stail yang agak seksi dengan Studio City, Californina. Harganya hampir menyamai rumah Taylor Swift dengan harga $3.9 juta dan senang untuk kita mengagak personaliti Miley Cyrus melalui rumah ini. Ringkas, seksi, berbahaya. Itulah Miley.
Ellen DeGeneres & Portia de Rossi
rumah ellen degeneres 300x199 5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik
Artis komedi, Ellen Degeneres dan pasangan hidupnya Portia sangat berhasrat untuk menjadikan rumah di Hidden Valley, California sebuah rumah yang sebenar-benarnya. Rumah yang dilaporkan berharga $10juta ini dilengkapi dengan ruang tamu hangat yang sangat mengalu-alukan orang ramai, dengan sentuhan ala-ala desa seperti kayu-kayu yang disusun di kawasan perapian. Mereka berkata yang mereka ingin meluangkan banyak tahun mencipta kenangan di rumah ini dan disebabkan itulah, mereka menghiasi rumah ini sedemikian.
Gwyneth Paltrow & Chris Martin
rumah gwyneth paltrow 300x201 5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik
Paltrow dan Martin pula memilih sebuah rumah dengan sentuhan klasik. Rumah agam ini mempamerkan keseimbangan antara keanggunan dan kehebatan dengan pintu yang diwarnakan dengan warna navy blue. Pengetuk pintu dengan gaya lama juga menunjukkan minat pasangan ini dengan nilai-nilai fesyen lama. Rumah di Brentwood, California ini dijual dengan harga $10juta dan sememangnya harga itu munasabah dengan nilai sebenar rumah ini.
Hebatkan? Walaupun selebriti hanyalah manusia biasa, kita tidak dapat menafikan yang cara dan persekitaran hidup mereka sangat jauh berbeza dengan kita. Namun begitu, kita harus sentiasa ingat yang setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mungkin kelebihan mereka lebih tertonjol dan kekurangan mereka terselindung di sebalik cara hidup yang mereka pamerkan di media. Bersyukulah dengan apa yang kita ada. Wassalaam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: People

5 Rumah Selebriti Yang Sangat Cantik
muja

Nota: