Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
5 Rancangan TV Terbaik Untuk Ditonton | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja memang suka tengok tv. Apa rancangan TV yang sekarang tengah meletop kat Malaysia? Macam mana pulak di peringkat antarabangsa? Jom tengok.
Rancangan TV sememang meraih populariti yang hebat pada zaman sekarang dan yang lebih menarik lagi, orang ramai sekarang boleh juga menonton rancangan TV ini secara online juga. Selalunya, rancangan komedi yang meraih ratin yang terbaik, tetapi di bawah adalah senarai rancangan tv terbaik untuk ditonton oleh semua.
Grey’s Anatomy
Rancangan drama perubatan paling terkenal pastinya Grey’s Anatomy. Korang mesti pernah tengok cerita ni kan? Dulu, Malaysia pun ada Cinta Medik tapi mestilah tak boleh lawan Grey’s Anatomy yang cool giler nih. Tengok tau!
How I Met Your Mother
Perghh! Tajuk pun dah tak menahan. How I Met Your Mother pastinya buat kita tertanya-tanya. Ayah bercerita pasal kisah cintakah? Macam mana ia berakhir? Kalau nak tahu, tengok sendiri.
Castle
Seorang pembunuh bersiri meniru plot dalam novelnya, novelis misteri berjaya, Richard ‘Rick’ Castle mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar New Yourk untuk bekerjasama dengan kumpulan penyiasat kes pembunuhan NYPD untuk tujuan kajian.
Breaking Bad
Beberapa anugerah Emmy membuktikan yang rancangan ini bukan sekadar hit dan amat terkilan untuk menerima yang rancangan ini akan berakhir. Adakah kamu akan kekal di situ untuk melihat siapa yang masuk ke dalam asap?
Game of Thrones
Diadaptasikan daripada A Storm of Swords, siri hit ini kembali, dengan arka yang lebih besar dan plot yang lebih memeranjatkan daripada yang kita pernah tonton sebelum ni.
Ada tak yang korang pernah tengok? Kalau belum pernah, boleh la mula tengok siri hebat yang telah menambat hati para penonton ni. Nasib baiklah kat IPG ni tak de Astro, kalau tidak, mesti melangut depan tv sahaja.
Wassalaam.
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Pengetua Tidak Bertanggungjawab!