5 Kebaikan Memakan Telur Ayam

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

5 Kebaikan Memakan Telur Ayam | Telur ayam merupakan bahan yang sering digunakan dalam masakan seharian. Tetapi telur juga telah mendapat reputasi yang buruk setelah sering dikaitkan dengan kolestrol dalam badan. Telur dadar yang garing adalah antara makanan kegemaran Zyra, nyum! Tanpa lauk lain pun boleh habis sepinggan nasik icon biggrin 5 Kebaikan Memakan Telur Ayam

Jangan bimbangkan kandungan kolestrol dalam telur kerana bukti yang terkandung dalam British Medical Journal menujukkan bahawa pengambilan telur secara sederhana mungkin tidak memberi sebarang kesan kepada penyakit jantung atau angin ahmar.

Di sini Zyra nak kongsikan mengapa kita perlu memasukkan telur ayam ke dalam menu harian:

1. Telur membantu penghasilan bayi yang sihat

Ia merupakan suatu kemestian kepada wanita-wanita hamil. Mengapa? Kerana telur mengandungi choline, yang merupakan vitamin B yang diperlukan oleh bayi yang sedang membesar bagi tujuan perkembangan otak mereka. Bekalan choline yang mencukupi juga berkaitan dengan mengurangkan risiko penyakit mental bagi bayi, selain turut mengurangkan risiko untuk sindrom down.

egg2 5 Kebaikan Memakan Telur Ayam

2. Telur membantu membendung anda mengidamkan snek

Ini penting buat mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Pengambilan sarapan yang tinggi dengan protin dapat membantu membendung seseorang dari mengidamkan snek pada waktu petang, menurut kajian pada tahun 2013. Kandungan protin yang tinggi dalam telur membantu mencipta rasa kenyang dalam diri individu, yang bertahan sepanjang hari. Jadi jika anda sedang mencuba mengurangkan berat badan atau cuba menghindari memakan snek selepas pukul 7 malam, telur merupakan sesuatu yang perlu anda fikirkan pada waktu pagi icon wink 5 Kebaikan Memakan Telur Ayam

3. Telur dapat membantu tindakan refleks

Satu kajian pada tahun 2014 menemukan bahawa tyrosine, sebuah asid amino yang ditemui di dalam telur, dapat membantu individu membuat tindakbalas lutut yang pantas. Pengkaji mendakwa kesan tyrosine mungkin dapat membantu dalam situasi yang memerlukan keputusan pantas seperti memandu.

4. Telur mungkin dapat membantu mengurangkan risiko barah

Antioksida yang terdapat di dalam telur sebenarnya mungkin membantu mengurangkan risiko barah dan penyakit jantung. Walaupun telur yang dimasak telah mengurangkan separuh dari kadar antioksidan di dalamnya, telur masih mempunyai kadar antioksidan yang sama dengan sebiji epal, menurut pengkaji.

egg3 5 Kebaikan Memakan Telur Ayam

5. Telur dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi

Protin yang terdapat di dalam telur boleh membantu mengurangkan tekanan darah dengan bertindak di dalam badan sepertimana ACE (angiotensin-converting-enzyme), sejenis ubatan haipertensi. Dengan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, risiko penyakit jantung juga dapat dikurangkang – faedah dua dalam satu!

Telur tidak perlu dihadkan dinikmati ketika bersarapan sahaja. Rebuskan telur dan simpan ia untuk menjadi snek, telur juga pembekal tenaga yang hebat sebelum berlari. Atau boleh menikmati ia sebagai makan tengahari dengan mencampurkan telur putih bersama bayam, bawang dan brokoli, mmmm yummy!

Walaupun anda mengambil protin dari telur, ia juga perlu diimbangi dengan sajian makan yang berkhasiat lain yang menandungi buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sumber protin dari sayuran.

Tahu tak entri ini telah membuatkan Zyra lapar? :3

If you enjoyed this post, you should read this: Kasihan! Bayi Ini Tidak Dapat Membuka Mulut Sejak Lahir

5 Kebaikan Memakan Telur Ayam
zyra roxx

Nota: