42 pasangan diijabkabul

Utama

am@hmetro.com.com.my

Seri Iskandar: Seramai 42 pasangan selamat diijabkabulkan pada Majlis Pernikahan Jama’ie Syar’ie Peringkat Negeri Perak 2016 di Masjid Sultan Yussuf Izzudin Shah di sini, hari ini.

Program kali keempat itu dianjurkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Seri Iskandar bertujuan menggalakkan perkahwinan dilaksanakan mengikut syariat Islam dan mengurangkan beban.

Program yang bermula jam 10 pagi itu dimulakan dengan bacaan khutbah nikah yang disampaikan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian, Ruju’ Orang Islam negeri Perak, Zakaria Abd Razak dan susuli dengan majlis ijab dan kabul.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria merasmikan majlis berkenaan.

Pasangan pengantin selepas itu menunaikan solat sunat sebelum meneruskan acara penyerahan mas kahwin serta majlis penyerahan tanggungjawab oleh wali dan penerimaan tanggungjawab oleh pengantin lelaki.

Kesemua pasangan pengantin berusia 19 hingga 50 tahun itu kemudiannya diarak ke dewan makan untuk majlis makan beradap di perkarangan masjid sebelum majlis resepsi yang akan diadakan di Dewan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar di sini, malam ini.

Image: 
Balqis Jazimah Zahari

Seri Iskandar: Seramai 42 pasangan selamat diijabkabulkan pada Majlis Pernikahan Jama’ie Syar’ie Peringkat Negeri Perak 2016 di Masjid Sultan Yussuf Izzudin Shah di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: