3 Tablet Baru Diperkenalkan Samsung Bawah Keluarga Galaxy TabPRO

Samsung dilihat memfokuskan kepada keluarga tablet pada CES 2014 ini, dimana mereka telah pun memperkenalkan tiga variasi saiz dibawah keluarga tablet Galaxy TabPRO.

Samsung dikatakan hadir dengan keluarga Galaxy TabPRO dalam usaha mereka untuk bersaing dan mendahului dalam pasaran tablet dengan menawarkan tablet yang baik untuk produktiviti dan penggunaan harian.

Samsung Galaxy TabPRO

Samsung Galaxy TabPRO

Galaxy TabPRO hadir dalam pilihan saiz skrin 8.4-inci, 10.1-inci dan uga 12.2-inci. Dari segi dalaman dan spesifikasi lain, ia adalah lebih kurang sama.

Versi LTE untuk Galaxy TabPRO hadir dengan cip Qualcomm 2.3GHz Snapdragon 800, sementara versi 3G pula hadir dengan Exynos 5420 1.9GHz Cortex-A15 dan 1.3GHz Cortex-A7.

Ia turut dilengkapi dengan memori 2GB RAM (TabPRO 12.2 dengan 3GB RAM), pilihan ruangan storan 16GB dan 32GB, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Keluarga tablet baru ini diangka akan hadir ke pasaran seawal suku pertama 2014 dan diangka akan menyertakan beberapa perkhidmatan terbina seperti Dropbox, dan beberapa yang lain.

Nota: