20 CCTV Dipasang Di Sekitar Kuala Kangsar

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

20 CCTV Dipasang Di Sekitar Kuala Kangsar | Pemasangan CCTV ini untuk kebaikkan kita bersama, contoh kalau kita telah dirompak ataupun ada apa apa yang berlaku kita dapat tengok balik apa yang terjadi. Jadi CCTV ini banyak kebaikkannya, jom baca dimanakah ianya akan diletakkan :

20 CCTV Dipasang Di Sekitar Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Kamera litar tertutup (CCTV) bakal dipasang di 20 kawasan di sekitar Kuala Kangsar bagi membantu mengurangkan dan mengawal kadar jenayah di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohamad berkata, pemasangan CCTV di yakini dapat mengawal kes curi motosikal dan ragut di daerah berkenaan.

“Atara kawasan yang dikenal pasti adalah di pekan Kuala Kangsar, di jalan-jalan besar,  bank dan persimpangan.

“Saya difahamkan, peruntukan untuk memasang CCTV sudah diluluskan dan akan pemasangan akan dilakukan pada masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Tugas Ketua Polis Kuala Kangsar di Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Kangsar, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai indeks jenayah di Kuala Kangsar, beliau memaklumkan daerah ini mencatatkan penurunan kes sejak 2009 hingga 2012 namun meningkat dua kes pada 2013.

Bagaimanapun, jelasnya, kadar jenayah di Kuala Kangsar dijangka berkurangan pada tahun ini berdasarkan jumlah penurunan kes pada Januari 2014 dibandingkan Januari 2013.

“Kebanyakan kes di sini melibatkan curi motosikal disebabkan kecuaian pemilik kenderaan sendiri.

“Walaupun kawasan parkir motor berkunci  disediakan namun, orang awam jarang menggunakannya kemudahan itu,” katanya.

Sementara itu, Majlis Penyerahan Tugas berkenaan melibatkan Abdul Gaffar dan Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Guan Beng Kang.

Pada majlis itu, Gaffar menandatangani dokumen penyerahan tugas disaksikan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Zulkapli Ahmad.

Abdul Gaffar mula bertugas sebagai Ketua Polis di IPD Kuala Kangsar pada 18 Ogos 2008 dan beliau merupakan anggota paling lama memegang jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.

Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Sotong Gergasi Sepanjang 8 Meter Berjaya Dirakam

20 CCTV Dipasang Di Sekitar Kuala Kangsar
Beki Mustaffa

Nota: