1Password Ditawarkan Secara Percuma Untuk Pengguna iOS Untuk Masa Terhad

1Password1Password merupakan salah satu aplikasi pengurusan kata-laluan popular, dimana pengguna boleh menyimpan kata laluan untuk pelbagai aplikasi padanya, dan mengakses serta menggunakannya dengan mudah.

Terkini, ia dilihat, disebabkan oleh sedikit masalah teknikal, aplikasi berkenaan disenaraikan secara percuma kepada pengguna iOS seluruh dunia.

1Password sebelum ini ditawarkan pada harga sekitar $9.99 yang membuatkan ramai tidak begitu ingin memilikinya, dan mungkin penawaran percuma ini akan menambah angka pengguna mereka secara tidak langsung.

Pihak 1Password turut dijangka akan memperkenalkan kemaskini selari iOS8 kelak hari ini yang akan menyertakan beberapa fungsi baru termasuk akses kepada TouchID. Ia akan dihargakan pada harga biasa setelah versi baru tersebut dilancarkan.

Nota: