11Street Membuka Pra-Tempahan Set Import Untuk iPhone 7 Pada Harga Mencapai RM5199

11Street merupakan salah satu laman jual-beli popular di Malaysia. Terkini, dengan demam iPhone 7 yang melanda, mereka turut dilihat telah mengambil inisiatif untuk menawarkan dan menjual iPhone 7 set import untuk pengguna tempatan yang berminat.

Buat masa ini, 11Street hanya menyenaraikan iPhone 7 sahaja, dan tiada iPhone 7 Plus lagi. Tiga variasi ditawarkan, iaitu pada saiz 32GB, 128GB dan juga 256GB. Model versi asas ditawarkan pada harga RM3899, sementara model paling mahal adalah iPhone 7 256GB Jet Black pada harga RM5199.

Memandangkan ini adalah set import, maka jaminan yang ditawarkan adalah jaminan setahun daripada pihak penjual sendiri. 11Street membuka pra-tempahan bermula hari ini, 14 September dan penghantaran akan dilakukan bermula 28 September 2016 kelak.

Seperti biasa, ini adalah harga untuk jualan set import, dan harga jualan tempatan dijangka akan lebih murah berbanding dengannya.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: