10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari ini, Teacher Muja nak berkongsi satu informasi yang sangat menakutkan bagi kaum wanita. Padahal sebenarnya, lelaki juga patut gerun dengan perkara ini. Mula-mula, berdoa dulu kita dilindungi daripada sebarang penyakit berbahaya. Amiin.

Baru-baru ini, kita telah mendapat berita hangat yang Angelina Jolie telah menjalani pembedahan mastektomi berganda untuk mengurangkan risiko mendapat barah payudara apabila beliau dikatakan pembawa gen BRCA1. Angelina memutuskan untuk menjalani pembedahan itu untuk anak-anaknya, setelah ibunya sendiri meninggal dunia akibat daripada barah ovari pada usia 56 tahun.

Selain Angelina Jolie, terdapat beberapa orang lagi selebriti yang telah menjalankan mastektomi berganda ini. Jom, kita tengok siapa mereka.

Angelina Jolie

Angelina Jolie double mastectomy 400x222 300x166 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Angelina Jolie mendedahkan yang beliau telah menjalankan mastektomi berganda dalam New York Times. Beliau berkata yang ia hanyalah untuk mengurangkan risiko beliau mendapat barah payudara kerana dia pembawa gene BRCA1.

Christina Applegate

Christina Applegate double mastectomy 400x300 300x225 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Pada bulan Ogos 2008, pelakon Christina Applegate menjalankan mastektomi berganda setelah mendapat tahu yang beliau menghidap barah payudara.

Sharon Osbourne

sharon osbourne 400x237 300x177 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Personaliti televisyen dan isteri kepada Ozzy Osbourne, Sharon Osbourne, menjalani pencegahan mastektomi berganda selepas mengetahui yang dia mempunyai gene yang berisiko dalam badannya.

Kathy Bates

Kathy Bates double mastectomy 400x235 300x176 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Pelakon Kathy Bates mengumumkan di Twitternya yang beliau menjalani mastektomi berganda selepas didiagnos menghidap barah payudara pada tahun 2012.

Giuliana Rancic

giuliana rancic 400x295 300x221 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Penaung E! News didiagnos pada peringkat awal barah payudara pada bulan Oktober 2011 dan memutuskan untuk menjalankan mastektomi berganda pada tahun itu juga.

Wanda Sykes

wanda sykes 400x224 300x168 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Pelakon komedi, Wanda Sykes memberitahu dalam The Ellen DeGeneres Show pada bulan September 2011 yang beliau menjalankan pencegahan mastektomi berganda setelah beliau didiagnos dengan barah payudara yang benigna (Tidak aktif).

Shirley Temple Black

Shirley Temple Black 400x286 300x214 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Pelakon kanak-kanak yang menjadi duta Amerika Syarikat, Shirley Temple Black adalah salah seorang wanita terkenal yang bercakap secara terbuka mengenai barah payudara setelah beliau didiagnos dengan penyakit ini dan menjalankan mastektomi berganda pada tahun 1972.

Nancy Reagan

NancyReagan 400x250 300x187 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Nancy Reagon didiagnos dengan barah payudara selepas menjalankan mammogram pada bulan Oktober 1987 dan memilih menjalankan mastektomi.

Hoda Kotb

hoda kotb 400x311 300x233 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Pengacara rancangan ‘Today’, Hoda Kotb, memberitahu orang ramai tentang barah payudara yang dihidapinya tanpa berselindung dan menjalani mastektomi pada bulan Mac 2007.

Richard Roundtree

Richard Roundtree 400x258 300x193 10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda

Pelakon lelaki, Richard Roundtree yang sangat dikenali dengan ‘Shaft’ menjalankan mastektomi berganda selepas beliau didiagnos menghidapi barah payudara lelaki pada tahun 1993

Dalam kehidupan mereka para selebriti yang kita lihat seperti dipenuhi dengan populariti dan kemewahan, mereka juga tidak lari daripada ditimpa ujian yang berat. Maka, bersyukurlah dengan segala yang kita ada kerana ramai lagi mereka yang tidak punya.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Rating

10 Selebriti Yang Menjalani Mastektomi Berganda
muja

Nota: