10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja pasti kamu semua mesti pernah dengar tentang Segi Tiga Bermuda. Pendek kata, Segi Tiga Bermuda dikatakan sebuah tempat yang telah menelan beberapa buah kapal dan kapal terbang sekali dengan penumpangnya.

Sehingga sekarang, tiada sebarang tanda ditemukan tentang kapal, kapal terbang dan orang yang hilang itu ditemui dan para pencipta teori dari seluruh dunia juga tidak dalam mengeluarkan jawapan yang tepat untuk menerangkan tentang misteri Segi Tiga Bermuda ini.

Di bawah adalah 10 penjelasan tentang Segi Tiga Bermuda yang paling popular, yang dikeluarkan oleh beberapa pihak.

Segi Tiga Bermuda Hanyalah Sebuah Mitos

mitos segi tiga bermuda 300x183 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Bermuda dikatakan hanyalah sebuah mitos. Penjelasan ini mungkin boleh diberikan kepada mereka yang sudah hilang itu.

Kesilapan Manusia

segi tiga bermuda kesilapan manusia 300x160 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Tidak kurang ramai juga yang menyatakan yang kehilangan ini berlaku disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang terlibat. Kapal itu mungkin tenggelam bersama-sama dengan manusia di dalamnya.

Taufan dan Ombak Besar

taufan di segi tiga bermuda 300x216 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas ini, ramai yang berpendapat bahawa keadaan cuaca yang ganas memainkan peranan yang besar dengan kejadian yang terjadi di Segi Tiga Bermuda.

Keganasan Gulf Stream (Aliran air dari Teluk Mexico ke Eropah Melalui Lautan Atlantik ) 

 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Penjelasan ini adalah yang paling meyakinkan dan lojik, di mana para teoris mengatakan yang Gulf Stream telah menghancurkan kapal dan kapal terbang dan ombak boleh naik sehingga beberapa ratus meter di udara menyebabkan kapal terbang turut menjadi mangsa.

Kawasan Geomagnetik

segi tiga bermuda geomagnetic 300x237 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Satu lagi teori yang tidak berapa kuat adalah kawasan geomagnetik yang dikatakan wujud di Segi Tiga Bermuda. Kawasan ini mengganggu sistem navigasi pada kapal dan mereka kemudiannya sesat. Persoalannya di sini, kemana mereka pergi?

Gas Metana Di Bawah Permukaan Air

gas methane di segi tiga bermuda 300x168 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Kawasan Segi Tiga Bermuda dilaporkan menjadi kawasan dengan gas metana dan ramai yang mengatakan apabila gas metana meletup, ia boleh menenggelamkan sebuah kapat. Masalahnya, bagaimana pula dengan kejadian yang berlaku pada kapal terbang.

Serangan Musuh Dengan Peralatan

kejadian di segi tiga bermuda akibat serangan musuh 300x216 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Satu lagi penjelasan yang dibuat adalah mangsa diserang oleh objek yang dibuat oleh manusia untuk menghancurkan. Senang kata, mereka sebenarnya diserang oleh musuh.

Diculik Makhluk Asing

diculik oleh makhluk asing di segi tiga bermuda 300x225 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Sebahagian lagi menyatakan dengan penjelasan hasil imaginasi yang hebat, kejadian di Segi Tiga Bermuda adalah penculikan oleh makhluk asing. -_-

Masa Meleding

Time Warp bermuda triangle 400x261 300x195 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Alasan ini akan kelihatan lojik hanya jika seseorang mempercayai tentang perjalanan merentas masa. Penjelasan ini mengatakan yang mereka yang hilang telah jatuh melalui perjalanan masa!

Bandar Atlantis

bandar atlantis di segi tiga bermuda 300x190 10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda

Penjelasan ini adalah yang paling kreatif dan imaginatif berbanding dengan yang lain. Sebahagian saintis percaya bahawa Segi Tiga Bermuda terletak di atas bandar Atlantis yang hilang dan disebabkan ia sangat maju, mungkin bandar itu masih aktif dan menyebabkan aktiviti pelik berlaku di Segi Tiga Bermuda.

Jadi, kamu percayakan penjelasan yang mana satu? Bagi Teacher Muja, keganasan Gulf Stream adalah paling lojik, tetapi tiada yang dapat memastikannya. Perkara yang dirasakan luar biasa bagi manusia, adalah sangat biasa bagi yang Maha Pencipta. Dia berkuasa dan mampu melakukan segalanya, berbanding kita yang mempunyai had dan batas dalam segala perkara. Wassalaam.

If you enjoyed this post, you should read this: Address

10 Penjelasan Tentang Segi Tiga Bermuda
muja

Nota: