Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
10 Haiwan Paling Menakjubkan Dalam Kerajaan Haiwan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Planet kita dipenuhi dengan pelbagai jenis kecantikan daripada spesies hidupan termasuklah hidupan darat, laut dan yang bertebaran di udara. Semua hidupan ini adalah sangat menakjubkan tetapi sebahagian daripadanya seolah-olah menyerlah lebih daripada spesiesnya sendiri.
Di bawah ni adalah senarai 10 haiwan paling menakjubkan dalam kerajaan haiwan. Kamu pastinya akan melihat sesuatu yang sangat memeranjatkan daripada senarai ini. :3
1. Singa Putih
Singa putih ini juga dikenali sebagai singa albino dan singa putih adalah salah satu spesies haiwan yang paling jarang ditemui di dunia.
2. Ular Hijau Terang
Ular hijau terang ini mudah menyembunyikan dirinya dalam rimbunan daun di hutan. Mungkin kehijauan hutan tu pun boleh cemburu dengan kehijauan ular yang menakjubkan ni.
3. Paus Pembunuh
Seperti namanya, paus pembunuh adalah pemangsa yang boleh membunuh, ditambah pula dengan kemahiran yang disertakan dengan kekuatan fizikal yang hebat.
4. Harimau Bintang
Hingga kini, harimau bintang menjadi haiwan yang paling popular. Berapa banyak fesyen baju terinspirasi dari corak pada badannya. Tidak ragu-ragu lagi harimau bintang adalah pemangsa yang cantik!
5. Burung Kecil Amerika
Burung Kecil Amerika adalah sebahagian daripada keluarga kecil falcon dan burung ini membuktikan burung pemangsa juga boleh kelihatan sangat mengagumkan kerana bulu berwarna birunya yang sangat cantik.
6. Burung Hering Mesir
Burung hering mesir adalah burung hering kecil dari Dunia Lama, yang sangat menakjubkan. Bulunya berwarna putih atau seperti berdebu. Mukanya dipercayai menjadi oren disebabkan oleh tabiat memakan tahi mamalia yang mengandungi carotenids dari lobak dan kerang.
7. Katak Anak Panah Beracun
Katak anak panah beracun mungkin kelihatan comel dan berwarna terang tetapi hakikatnya, katak ini mampu membunuh. Ia merembeskan neurotoksin yang boleh membunuh seorang manusia sebaik sahaja bersentuhan dengannya. Neurotoksin itu adalah alat perlindungan bagi katak comel ini tetapi senjata pembunuh bagi makhluk lain.
8. Panda Merah
Panda merah ini adalah satu-satunya spesies yang terdapat dalam genus ailrus. Saiznya adalah seperti saiz seekor kucing kecil.
9. Okapi
Okapi ini terhasil daripada kacukan zirafah dan kuda belang dan dikenali ramai kerana corak pada badannya.
10. Polar bear
Beruang kutub adalah haiwan karnivor paling besar dalam planet ini dan salah satu haiwan yang paling berbahaya di dunia. Terserempak dengan beruang kutub tidak akan meninggalkan kenangan manis.
Hebat sungguh ciptaan Allah SWT. Walaupun haiwan ini berbahaya, jarang-jarang sekali baru ada seorang manusia menjadi mangsa mereka. Kita ditempatkan pada keadaan dan situasi tersendiri yang sesuai. Jadi, marilah kita sama-sama menjaga anugerah yang dikurniakan ini sebaik mungkin.
Wassalaam.
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Recipe