Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
10 Gambar Dari Angkasa Terbaik Sepanjang Tahun 2013 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja juga sama seperti para pembaca, pernah belajar sedikit ilmu tentang angkasa semasa di sekolah menengah dulu dan berasa sangat kagum dengan apa yang dipelajari.
Angkasa sememangnya sebuah alam lain yang sangat misteri dan selalu menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri manusia terutama angkasawan yang bekerja di sana. Mereka bertuah kerana dapat melihat sisi lain alam semesta ciptaan Allah ini selain daripada planet Bumi.
Sistem solar dan alam yang melepasinya sentiasa menimbulkan rasa ingin melihatnya dengan mata sendiri tetapi nampak seperti kita tidak akan mencapainya. Hari ini Teacher Muja ingin berkongsi koleksi 10 gambar dari angkasa terbaik yang menunjukkan kecantikan yang tersendiri sepanjang tahun 2013.
Tahun ini nampaknya tahun yang sangat bertuah bagi peneroka angkasa kerana berjaya menangkap 10 keping gambar yang menunjukkan kecantikan Bumi dan alam semesta. Daripada gambar selfie angkasawan, hinggalah Komet ISON hampir ketinggalan Matahari.
Terdapat beberapa peristiwa yang menggigit jari tetapi dari segi fotografi, hasilnya adalah sangat menakjubkan. Seorang angkasawan menangkap gambar Taufan-Super Haiyan dari pandangan atas pada 9 November 2013, dan gambar itu menunjukkan skala Taufan Haiyan yang sangat besar dalam kejelasan yang menakjubkan.
Gambar yang lain pula menunjukkan apa yang terjadi apabila dua bintang berada terlalu rapat antara satu sama lain dalam sebuat orbit dan angkasawan amatur telah membuktikan bakat mereka apabila berani memfokuskan pada permukaan Matahari yang sangat hebat.
Sementara itu, sebaris warna-warna pelangi pada langit yang berbintang menunjukkan saki baki supernova di angkasa- sememangnya koleksi yang cukup menarik dan berharga sepanjang tahun.
Incoming search terms:
If you enjoyed this post, you should read this: Murid Tersepit Pada Kerusi Jadi Trending Hari Pertama Persekolahan 2014