10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Biar mimpi sampai ke bintang. Pernah dengar tak ayat ni? Mesti pernah kan?

Manusia suka bermimpi termasuklah manusia bernama Teacher Muja. Teacher Muja selalu bermimpi untuk kahwin dengan dia yang Teacher Muja pinang. Kah3. Ok. Itu selingan semata. icon razz 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Mimpi adalah satu perkara yang sangat normal dan boleh juga dianggap penting dalam hidup kita kerana ia dikatakan membawa mesej atau petanda tertentu.

Mimpi juga boleh dikatakan permainan syaitan. Alangkah indahnya kalau kita bermimpi berjumpa Rasullullah kerana pasti Baginda yang hadir kerana syaitan tidak boleh menjelma sebagai Baginda.

Sains di sebalik mimpi sangat menarik tetapi senarai di bawah adalah beberapa aspek mimpi yang jarang diketahui dan pastinya akan membuatkan kita tertanya-tanya.

Mimpi Epik

mimpi epik 300x228 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Mimpi epik akan mengubah seseorang manusia sepenuhnya apabila dia bangun daripada tidur. Sebahagian manusia juga mengalami mimpi di dalam mimpi dan secara tidak disangka, hidup pun berubah kerana mimpi tersebut.

Mimpi Dan Marijuana

mimpi marijuana 300x225 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Doktor menemukan bahawa mereka yang mengambil marijuana menderita kehilangan mimpi sepenuhnya dan apabila mereka memberhentikan pengambilan marijuana, mereka akan mengalami sejenis mimpi yang dinamakan mimpi yang jelas. Ini membuktikan marijuana mengganggu REM seseorang.

Difference in dreams of different genders

mimpi berbeza jantina 300x189 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Tak disangka mimpi seorang lelaki dan perempuan amat jauh berbeza dan ini adalah fakta yang sangat menarik. Apabila seorang perempuan mengalami mimpi yang jauh lebih panjang dan dipenuhi dengan emosi, tempat dan orang yang dikenali, mimpi seorang lelaki adalah lebih pendek, emosi yang tidak tentu, dan biasanya melibatkan orang dan tempat yang tidak pernah diketahuinya.

Mimpi dan Psikosis

mimpi psikosis 300x225 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Dikatakan, apabila seorang manusia mengalami gangguan REM yang berterusan, ia akan menyebabkan psikosis. REM adalah Rapid Eye Movement Sleep.

Dreams of the Blind

mimpi orang buta 300x187 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Mimpi orang buta hanyalah mempunyai bunyi-bunyian dan deria. Malang bagi mereka, mimpi mereka tidak mempunyai sebarai imej. Sekarang, korang tak boleh kata orang buta tak boleh bermimpi dah.

Mimpi Menginspirasikan Banyak Idea Hebat

mimpi vincent van gogh 300x152 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Vincent Van Gogh memberitahu yang dia mimpikan lukisannya dan dia mewarnakan mimpinya itu. Hal ini selalu terjadi dengan ciptaan dan rekaan yang hebat. Kehebatan ini terhasil dalam mimpi terlebih dahulu.

Mimpi Ngeri Kanak-kanak

mimpi ngeri kanak kanak 300x230 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Percaya atau tidak, kanak-kanak lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding orang dewasa, terutamanya pada usia di mana mereka masih tidak boleh bercakap. Ada pihak mengatakan yang semasa kanak-kanak masih belum boleh bercakap, mereka boleh melihat masa depan mereka melalui mimpi!

Mimpi Akan Dilupakan

mimpi akan dilupakan 300x173 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Lebih daripa 90% daripada mimpi yang dialami oleh manusia akan dilupakan. Ya, tidak hairanlah apabila kita tidak dapat tahu apa yang berlaku seterusnya dalam mimpi kita walaupun kita selalu tidur.

Haiwan Juga Bermimpi

mimpi binatang 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Mungkin sukar untuk kita percayai tetapi faktanya adalah haiwan juga mengalami mimpi. Patern mimpi haiwan berbeza daripada anjing ke kucing ke burung.

Aktiviti Otak Semasa Bermimpi

aktiviti otak semasa bermimpi 300x153 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui

Korteks otak selalunya akan lebih aktif semasa seseorang sedang tidur. Menarikkan? Namun begitu, ia akan menjadi teruk apabila otak tidak dapat ‘ditutup’ langsung walaupun seseorang dibuat menjadi koma, lalu menyebabkan insomnia yang mampu membunuh.

Begitulah menariknya makhluk Allah. Mimpi yang selalu dianggap remeh turut memberikan kesan yang agak besar dalam kehidupan. Semoga kita dijauhkan daripada didatangi mimpi yang memudaratkan dan sentiasa mengimpikan perkara-perkara indah. Yang paling penting, impikanlah untuk menjadi hamba Allah yang bahagia di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Wassalaam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Wanita Syria Di Rejam Sampai Mati Kerana Buka Akaun Facebook

10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui
muja

Nota: