10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

10 Burung Yang Paling Mempesonakan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selain manusia, burung adalah sejenis makhluk yang sangat mempesonakan bagi Teacher Muja sebab burung boleh melakukan satu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia iaitu terbang. Yelah, manusia boleh terbang dalam kapal terbang. -_-

Burung mempunyai kuasa yang tiada manusia ada walaupun seberapa hebat mereka mencuba iaitu terbang. Impian manusia untuk terbang digambarkan dengan adanya filem seperti Superman. Ah, Superman tu watak dalam filem semata.

Melihat burung adalah hobi yang sangat menakjubkan dan menarik kerana kita dapat melihat tabiat burung yang berbeza dari banyak tempat di seluruh dunia. Di bawah adalah senarai 10 burung yang paling mempesonakan. Daripada yang pelik sehingga yang cantik.

Burung Cenderawasih

Birds of paradise 400x288 300x216 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Terkenal dengan tarian mengawan yang sangat magis, burung cenderawah yang sangat menarik ini adalah ciptaan Allah SWT yang sangat unik. Burung yang dikatakan seperti burung yang datang dari syurga ini ditemui di Australia Timur dan New Guinea.

Po’oul

poouli 400x308 300x231 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Ini adalah burung yang paling jarang ditemui di dunia yang dijumpai pada tahun 1973 di Hawaii. Sehingga kini, hanya 3 ekor burung Po’ouli dikenal pasti. Program untuk membiakkan mereka masih berjalan tetapi mereka masih dalam golongan haiwan yang hampir pupus.

Kasawari

FemaleCassowary 360x400 270x300 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Kita boleh melihat burung kasawari di Australia atau New Guinea. Burung ini sangat cantik, kelihatan seperti burung unta dan ayam belanda. Namun begitu, apabila kita mendekatinya, burung kasawari akan terus bersedia untuk menyerang. Mereka sangat agresif dan pemarah.

American Kestrel

americal kestrel 312x400 234x300 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Burung American Kestrel adalah sebahagian daripada keluarga kecil helang. Burung ini tersangat mempesonakan mereka yang melihatnya disebabkan bulunya yang cantik berwarna biru.

Blakiston Fish Owl

blakiston fih1 400x341 300x255 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Burung hantu ikan blakiston ini adalah salah satu burung hantu yang paling besar di dunia. Beratnya boleh mencapai 4.5kg. Ia ditemui di Australia dan kawasan New Zealand. Biasanya ia memakan ikan, tetapi burung ini turut memakan mamalia kecil.

Andean Condor

andean condor 487200 400x300 300x225 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Andean Condor adalah burung paling besar di dunia. Ia mempunyai bukaan sayap yang boleh mencapai 10 kaki dan berat yang boleh mencapai 40lbs. Ia adalah bukaan sayap paling besar dalam kalangan burung darat. Ia ditemui di Amerita Selatan. Tidak seperti burung pemangsa yang lain, burung jantan adalah lebih besar dari burung betina.

Yellow Bellied Fantail

yellow blely 400x266 300x199 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Burung Yellow Bellied Fantail adalah burung kecil yang boleh ditemui di China, Tibet, Myanmar dan Bhutan. Panjangnya adalah dalam lingkungan 11.5 hingga 12 cm dan ia memakan serangga terbang yang kecil.

Scarlett  Macaw

burung kakak tua 300x291 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Scarlet Macaw adalah spesis burung unta yang paling menakjubkan. Ia digunakan sebagai simbol kebangsaan Honduras. Burung nuri yang besar ini mungkin adalah peneman dalam bentuk burung yang rumah-rumah di seluruh dunia idam-idamkan.

Painted  Bunting

painted bunting Male 400x256 300x192 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Painted Bunting pula pastinya burung yang diwarnakan dengan sangat cantik di Amerika Utara. Masih lagi burung jantan yang mempunyai warna yang cantik yang digunakan untuk ritual musim mengawan. Pada suatu ketika dahulu, ia burung yang sangat popular diletakkan di dalam sangkar sehingga perbuatan itu diharamkan.

Burung Merak

burung merak 300x225 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

Senarai ini pastinya tidak akan lengkap tanpa burung yang paling hebat dan paling cantik di dunia ini. Burung merak sangat dikenali sebagai sejenis burung yang menggunakan bulunya yang sangat mengasyikkan masa yang memandang dalam ritual mengawan. Burung ini sememangnya sangat cantik sehingga dijadikan sebagai simbol binatang peliharaan Dewi Greek Hera.

Subhaanallah. Cantik sungguh makhluk ciptaan Allah. Tak terjangkau dek fikiran kita. Wassalaam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: 10 Burung Yang Paling Mempesonakan

10 Burung Yang Paling Mempesonakan
muja

Nota: