YouTube Bakal Membawakan Sokongan Video 60fps, Kebolehan Mengumpulkan Dana, Dan Pelbagai Perkara Lain

Google hari ini berkongsi beberapa perkara yang akan dibawakan oleh mereka pada perkhidmatan perkongsian video popular mereka, iaitu YouTube. Kebanyakkan fungsi dilihat memfokuskan kepada penerbit kandungan, memberikan mereka lebih banyak kemudahan dalam hadir dengan kandungan menarik.

Audio Library yang sedia diperkenalkan sebelum ini dilihat akan turut menyertakan beberapa bunyi efek, seperti jeritan, gerakan, dan sebagainya – sekaligus memudahkan lagi penerbit kandungan mendapatkan audio secara percuma tanpa bayaran royalti.

Disamping itu, YouTube bakal turut menyertakan sokongan video pada paparan 60fps, dan juga untuk menambah kredit pada video untuk memudahkan pengguna klik padanya berbanding implementasi pada hari ini.

Google turut mengatakan mereka akan memperkenalkan sokongan Fan Funding, membolehkan penerbit kandungan mengumpulkan dana untuk hadir dengan lebih banyak video-video menarik – ala-ala KickStarter dan juga Indiegogo.

Satu lagi perkara baru yang diumumkan oleh Google adalah sebuah aplikasi khusus yang dinamakan sebagai YouTube Creator Studio – yang mana akan memudahkan penerbit kandungan memantau pelbagai perkara berkaitan saluran mereka menggunakannya. Buat masa ini aplikasi ini hanya diterbitkan untuk Android, dan akan datang ke iOS tidak lama lagi.

Nota: