Xperia C Diumumkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM999

Hari ini, pihak Sony Mobile Malaysia telah menambah satu lagi tawaran peranti baru dibawah mereka, iaitu Sony Xperia C. Peranti berasaskan Android ini telah mula dijual dipasaran tempatan pada harga RM999.

Xperia C Diumumkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM999

Sony Xperia C dilihat memfokuskan kepada sokongan dwi-SIM. Selain daripada itu, telefon pintar dengan skrin qHD bersaiz 5-inci ini turut dilengkapi cip empat-teras 1.2GHz dan juga kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan Exmor-R.

Salah satu fungsi baru yang disertakan adalah sokongan “Potrait Retouch”, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar diri sendiri menggunakan arahan suara pada peranti berkenaan.

Selain itu, peranti ini juga turut menyertakan beberapa sokongan popular, termasuk Battery STAMINA dan juga aplikasi Walkman.

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam warna hitam, putih dan ungu pada harga RM999.

Nota: