Xiaomi Telah Menjual Lebih Daripada 70 Juta Telefon Pintar Pada Tahun 2015

Xiaomi merupakan salah satu pengeluar peranti yang mempunyai peminat yang ramai di rantau Asia, dan produk mereka sendiri hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja. Terkini, berkongsi mengenai angka jualan mereka, Xiaomi mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 70 juta peranti pada taun 2015 yang lepas.

Angka ini boleh dikatakan agak sedikit daripada sasaran awal mereka – yang mana pada permulaannya adalah 100 juta peranti, tetapi kemudian dikurangkan kepada 80 juta peranti.

Walaupun angka ini adalah kurang daripada sasaran awal, ia boleh dikatakan pencapaian yang agak tinggi. Produk Xiaomi boleh dikatakan mempunyai permintaan yang tinggi, tetapi penawaran mereka masih sedikit terutamanya di pasaran tempatan. Xiaomi sendiri hanya beroperasi dibeberapa buah negara sahaja jikalau dibandingkan dengan pelbagai pesaing mereka yang lain.

Xiaomi boleh dikatakan masih menerajui dalam pasaran China, walaupun pihak Huawei mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 100 juta peranti. Berbanding dengan Xiaomi, Huawei hanya beroperasi di bebrapa buah negara sahaja, malah pasaran China dan India merupakan antara yang menjadi fokus utama pihak Xiaomi.

Nota: