Xiaomi Redmi Note 5A Dilancarkan – Hadir Dengan Kamera 16MP Dihadapan Bersama LED Flash

Xiaomi hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Redmi Note, iaitu Redmi Note 5A.

Menjadi salah satu fokus utama pada peranti ini adalah sokongan kamera hadapan. Xiaomi menyertakan kamera 16-megapixel pada bahagian hadapan yang turut hadir dilengkapi dengan lampu LED Flash bagi memudahkan anda merakamkan gambar selfie dengan jelas pada sebarang keadaan cahaya. Xiaomi turut menyertakan sejumlah ciri-ciri khusus untuk mencantikkan gambar rakaman selfie.

Dari segi spesfikasi, Redmi Note 5A hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 425, dan menggunakan kamera belakang 13-megapixel dilengkapi sokongan PDAF. Redmi Note 5A hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan kebolehan menambah mikro-SD sehingga 128GB.

Xiaomi turut melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri berkapasiti 3080mAh. Redmi Note 5A turut hadir dengan MIUI9 secara terbina, sekaligus memudahkan pengguna menikmati pelbagai ciri-ciri baru terus pada telefon berspesifikasi rendah-pertengahan ini.

Redmi Note 5A

Versi 2GB RAM dan 16GB storan untuk Xiaomi Redmi Note 5A ini akan ditawarkan pada harga RMB699 (iaitu sekitar RM449 mengikut kadar tukaran mata wang semasa).

Xiaomi baru mengumumkan ia untuk pasaran China sahaja buat masa ini. Tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan menawarkannya untuk pasaran global, termasuk Malaysia.

Xiaomi Redmi Note 5A

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: