Xiaomi Redmi 1S Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Jun

Selain pelancaran Xiaomi Mi3, pihak Xiaomi turut sama berkongsi yang mana mereka akan turut menawarkan satu lagi telefon pintar mereka yang baru ke pasaran tempatan, iaitu Redmi 1S.

Xiaomi Redmi 1S

Xiaomi Redmi 1S merupakan peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada Xiaomi, iaitu Snapdragon 400 1.6Ghz, memori 1GB RAM, ruangan storan 8GB, skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, dan bateri berkapasiti 2000mAh. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Seperti peranti Xiaomi lain, Redmi 1S turut akan menggunakan MIUI.

Buat masa ini, harga jualannya tidak diumumkan lagi, dan pihak Xiaomi mengatakan akan berkongsi mengenainya dalam masa beberapa minggu lagi melalui halaman Facebook mereka.

Nota: