WWW1: Blogger pro-Umno ambil peluang ‘belasah’ Nizar

Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sudah memohon maaf kepada Sultan Johor berhubung catatan di Twitternya (Nizar) mengenai bidaan plat kenderaan WWW1 berharga RM520,000, blogger pro-Umno masih mengambil peluang itu ‘membelasah’ pemimpin berkenaan.

Lebih ketara, sesetengah blogger terbabit dikesan menggunakan bahasa kesat dan tidak beretika dalam penulisan entri di blog mereka.

Sesetengahnya dilihat sengaja menggunakan kesempatan itu untuk menghentam dan melepaskan kebencian terhadap pemimpin dan parti politik yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat (PR).nizar

Kesempatan itu juga digunakan oleh Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat laporan polis dan mendesak siasatan serta tindakan segera diambil terharap Nizar atas dakwaan menghina Sultan Johor.

Nizar, dalam catatan di Twitter kemudian, sudah memohon maaf kepada Sultan Johor sambil menyatakan beliau tidak bertujuan menghina baginda, sebaliknya catatan itu lebih berupa lontaran pandangan secara umum oleh seorang rakyat yang melihat masih ramai rakyat negara ini hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.

Antara blog pro-Umno yang dikesan mengambil kesempatan ‘membelasah’ Nizar ialahmerahmato.blogspot.com,

Sambil melabelkan Nizar sebagai ‘Nizar Kambing’, blogger terbabit mencadangkan agar pemimpin itu dihukum buang kerakyatan.

“Elok mamat Nizar Kambing ni dihukum buang kerakyatan je..,” catat blog berkenaan. – inimajalah.com

Nota: