VLC Untuk Windows 8 Dan Windows Phone 8 Semakin Hampir Untuk Pelancaran

Pemain video VLC merupakan salah satu pemain video yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Sebelum ini, pembangunnya telah memulakan pengumpulan dana untuk pembangunan VLC bagi platform Windows RT, dan kini dilihat mereka semakin menghampiri pelancarannya.

VLC Media Player Untuk Windows 8

VLC Media Player Untuk Windows 8

Sebelum ini, salah satu perkara yang menjadi halangan untuk pembangunan aplikasi mereka dan untuk diterbitkan pada Windows Store adalah kerana sokongan audio untuk pemain media mereka. Kini, ia dilihat mereka telah mengatasinya, sekaligus membolehkan pembangunannya melangkah setapak kehadapan.

Selain daripada versi untuk pengguna tablet dan komputer Windows 8, ia juga dilihat pembangunnya akan melancarkan pemain media mereka tersebut kepada pengguna Windows Phone.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya tidak lama lagi.

Nota: