Villa Nabila yang dikatakan berhantu, kini tarikan baru di Internet

Villa Nabila, sebuah banglo lama misteri yang kelihatan menyeramkan dan dikatakan berhantu terletak di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, Johor, kini menjadi tarikan baru di Internet.

Di laman sosial Facebook, Twitter dan pelbagai blog, komuniti online memberi tumpuan kepada misteri kumpulan 23 remaja yang dipercayai disembunyikan makhluk halus di villa itu sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis yang bersama pasukan mencari, termasuk  Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, hari ini mengesahkan hanya seorang remaja dilapor hilang di situ sejak Sabtu lalu, bukan 23 seperti diuar-uarkan di Internet.

Menurut polis, angka itu adalah berdasarkan laporan polis yang diterima setakat ini hanya dari seorang ibu kepada remaja berusia 16 tahun terbabit.

villa nabila, misteri, hilang, remaja,
Inilah Villa Nabila. Imej dari Mazidulakmal.com

Berdasarkan banyak foto yang dimuat naik ke Internet sejak kelmarin, villa ini memang kelihatan menyeramkan. Sebahagian foto dapat dilihat di Mazidulakmal.com.

Pelbagai cerita pelik dan menyeramkan turut dimuatkan di laman sosial Facebook dan blog. Satu daripadanya dapat dibaca di sini. Namun tidak satu dapat disahkan.

Ada mendakwa di Internet konon setelah azan dikemandangkan di dalam villa berkenaan dalam usaha mengesan remaja yang hilang itu, kedengaran suara manusia tetapi jasad tidak kelihatan.

Ketika artikel ini ditulis, usaha mencari remaja terbabit masih diteruskan.

Pagi ini, Bharian.com.my melaporkan kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai sejak jam 8 pagi tadi berikutan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.

Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Imej dari Kezoom.blogspot.com
Imej dari Kezoom.blogspot.com

Foto persekitaran Villa Nabila dikunjungi orang ramai boleh dilihat di sini. – inimajalah.com

KEMAS KINI 04:10pm:

Ada dakwaan terbaru di Facebook mengatakan remaja yang hilang itu tidak berseorangan, tetapi pergi ke villa terbabit secara berkumpulan.

Semua berjaya keluar dari banglo itu, kecuali hingga kini seorang daripadanya belum menemui jalan keluar. Hanya kedengaran suara meminta tolong.

| INImajalah.com

| Komen: