(Ura-Ura) Samsung Mungkin Cuba Menyertakan Ciri Modular Pada Galaxy S9

Pada hari ini, terdapat beberapa peranti yang hadir dengan ciri modular – yang mana memudahkan pengguna menghubungkan aksesori dengan ciri tambahan kepada peranti utama dengan mudah. Salah satu yang popular adalah Motorola dengan Moto Mods – dimana mereka membolehkan pengguna menghubungkan aksesori tambahan ke telefon pintar melalui sambungan pin berbentuk magnetik.

Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Samsung mungkin cuba menyertakan ciri lebih kurang serupa pada Galaxy S9 kelak.

Sekiranya benar, ia akan membolehkan para pengguna membeli modul tambahan daripada pihak Samsung sendiri atau pengeluar pihak ketiga, dan menyambungkan ia melalui sokongan magnetik terus ke telefon pintar.

Ia dikatakan Samsung sedang berkira-kira untuknya, dan belum membuat keputusan untuk melaksanakannya ataupun tidak.

Dengan penawaran telefon pintar yang menyerupai antara satu sama lain pada hari ini, semestinya Samsung sedang melihat kepada suatu kelainan dalam memastikan mereka terus di hadapan berbanding yang lain.

Buat masa ini, laporan ini sekadar desas-desus awal sahaja, dan mungkin juga Samsung sekadar hadir dengan rekaan seperti biasa pada Galaxy S9 akan datang.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: