(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 8 Mungkin Diperkenalkan Pada 26 Ogos

Dengan kejayaan tarikan yang berjaya dilakukan oleh Samsung melalui Galaxy S8, semestinya ramai yang menantikan apakah kejutan baru yang bakal dibawakan oleh Samsung melalui Galaxy Note 8 kelak.

Mengikut laporan terbaru yang hadir daripada penerbitan Korea Selatan, Naver, ia dikatakan Samsung akan memperkenalkan Galaxy Note 8 pada sebuah acara khusus di New York pada 26 Ogos 2017 kelak.

Galaxy Note 8 dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci, dilengkapi dengan skrin Infinity Display seumpama Galaxy S8, menyertakan S-Pen, dan mungkin hadir dengan sokongan dwi-kamera.

Dengan masalah yang menimpa Galaxy Note 7 pada tahun lepas, semestinya gergasi dari Korea Selatan bersedia dengan lebih baik untuk pengenalan phablet terbaru mereka untuk tahun ini.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: