INImajalah.com

(Ura-Ura) Jam Tangan Pintar Nokia Pada Suku Ketiga 2014?

Jam tangan pintar telah menjadi salah satu peranti pelengkap yang dikeluarkan pengeluar telefon. Selain HTC, ZTE dan sebagainya yang dikatakan akan hadir dengan jam tangan pintar pada tahun hadapan, kini pihak Nokia turut dijangka mengumumkan perkara sama.

Info mengenainya masih samar-samar buat masa ini. Daripada apa yang dikatakan, jam tangan pintar daripada Nokia kelak akan mengintegrasikan beberapa elemen daripada peranti konsep dan prototaip mereka seperti Nokia Kinect dan juga Nokia Morph – memfokuskan kepada penggunaan skrin boleh lentur.

Apa pun, ia hanya sekadar ura-ura sahaja buat masa ini. Dengan pengambil-alihan bahagian peranti Nokia oleh Microsoft, pelbagai kemungkinan akan berlaku.

| INImajalah.com

| Komen: