U Mobile Menamatkan Perjanjian Perkongsian Rangkaian Bersama Maxis

U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi ke empat terbesar di Malaysia. Buat masa ini, menara pemancar U Mobile adalah masih sedikit, membuatkan mereka berkongsi pemancar dan rangkaian bersama Maxis bagi meliputi seluruh negara.

Walaubagaimanapun, dengan perkembangan U Mobile dari hari ke hari, termasuk penawaran gelombang pemancar untuk mereka tersendiri, kini U Mobile mengambil langkah untuk menamatkan perjanjian perkongsian rangkaian dan kerjasama bersama Maxis.

Sebelum ini, U Mobile telah menandatangani perjanjian bersama Maxis pada 2011 yang lepas – dimana U Mobile mendapat akses ke rangkaian radio 3G daripada Maxis untuk tempoh 10 tahun.

Penamatan perjanjian ini akan berlaku secara berperingkat untuk tempoh 18 bulan akan datang, dan akan ditamatkan sepenuhnya pada 27 Disember 2018 kelak.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: