Tujuh cara lain mengira angka mangsa banjir

Tujuh cara lain mengira angka mangsa banjir

Kemusnahan akibat banjir di Pantai Timur, terutama di Kelantan,  sedahsyat tragedi tsunami di Aceh pada 2014. Kini pelbagai angka sedang dikira untuk mengetahui jumlah sebenar kerosakan dan kerugian akibat banjir besar itu.

Sementara mungkin sesetengah kita terlupa mengira satu perkara lain, berikut ialah sebahagian lagi angka yang patut kita nilai kesan banjir dahsyat ini:

banjir, banjir kelantan, banjir pantai timur
Foto hiasan. Foto dari www.utusan.com.my
  1. Berapa ramai daripada kita mula tersedar dan mengakui betapa hebatnya kuasa Allah?
  1. Berapa ramai daripada kita mula kembali kepada Allah dan kehidupan beragama serta meninggalkan maksiat zina, rasuah serta mengumpat, menfitnah dan sebagainya?
  1. Berapa ramai daripada kita mula dan semakin mengenal Allah menerusi tragedi ini?
  1. Berapa ramai daripada kita mula mengakui bahawa selama ini kita sombong dan syirik kepada Allah?
  1. Berapa ramai daripada kita akan mula mencari dan mendekati rumah Allah serta lebih mengenali dan berkasih sayang dengan Khaliknya?
  1. Berapa ramai daripada kita mula mengakui  bahawa hakikat agama bukan sekadar solat, malah semua perintah al-Quran, termasuk Hudud dan tidak mencerca orang mahu melaksanakannya?
  1. Berapa ramai daripada kita akan mendahulukan dan membesarkan Allah berbanding yang lain?

Berapa ramai? Selama ini kita sombong dan syirik kepada Allah kononnya “gaji aku banyak”, “hidup aku tak akan susah sebab anak-anak aku semua bergaji besar”, “kalau tak ada  Umno hidup kami akan susah” dan macam-macam lagi dialog ‘bodoh sombong’ terhadap Allah yang menidakkan kuasaNya.

Sekarang lihatlah dengan mata kepala sendiri; siapa lebih hebat; kita atau Allah?

Allah swt meranapkan segalanya. Itupun Dia masih memberikan kita peluang kedua dengan tidak mematilemaskan kita di dalam air banjir untuk kita bertaubat dan kembali mendekatiNya.

Jadi,  jangan angkuh dan ‘bodoh sombong’ sangatlah kita hatta kepada manusia apalagi kepada Allah Maha Berkuasa! – inimajalah.com

Nota: