Trailer Baru Tom Clancy’s The Division Diperlihatkan

The Division ialah permainan komputer yang mempunyai konsep yang menarik pada kami. Genre permainan dunia pasca apokalips adalah amat popular kerana ianya realiti yang mungkin berlaku. Bukan kebetulan filem zombie dan dunia yang hancur sering mendapat sambutan penonton. Sejak diumumkan pada E3 2013 tidak banyak maklumat tentang permainan ini diumumkan.Malahan permainan ini terpaksa ditangguh beberapa kali. Trailer terkini permainan ini diperlihatkan secara rasmi oleh Ubisoft selepas ianya tertiris beberapa hari yang lalu.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=GNIji2oVo9w

Ia menunjukkan lebih banyak aksi permainan dan apa yang boleh dilakukan pemain. Sebagai contoh markas boleh dinaik tarif bagi meningkatkan kemampuan untuk terus hidup di dalam dunia yang diserang penyakit misteri. Senjata boleh diubahsuai mengikut keperluan pemain.Trailer ini turut menekankan keperluan anda bermain secara berkumpulan dengan pemain dengan  kepakaran tertentu. Dari apa yang kami lihat The Division ialah The Last Of Us versi MMO. Kami berminat dengan konsep yang cuba diketengahkan oleh Ubisoft ini. Berita buruk ialah Ubisoft terkenal dengan kegagalan menghasilkan permainan atas talian yang lancar seperti yang dilihat berlaku pada Assassin’s Creed Unity. Berita baik di sini ialah kita tidak perlu menunggu lama kerana The Division akan mula dijual 8 Mac ini pada platform PlayStation 4, Xbox One dan PC. Adakah anda berminat untuk memilikinya?

Nota: