Tiada Perancangan Untuk Integrasi Akaun Facebook Pada WhatsApp

WhatsAppSejak pengambil-alihan WhatsApp oleh Facebook, pelbagai spekulasi berkaitan dengan masa depan aplikasi permesejan tersebut telah dikatakan pengguna seluruh dunia. Berkongsi mengenainya, pengasas WhatsApp mengatakan tiada integrasi Facebook yang akan dilakukan pada perkhidmatan tersebut.

Perkara ini selari dengan apa yang dikatakan oleh Facebook sebelum ini ketika pengambil-alihannya, iaitu perkhidmatan permesejan tersebut akan kekal seperti biasa dan beroperasi secara berasingan.

Ini dapat dilihat daripada pengambil-alihan Instagram sebelum ini, dimana Facebook membolehkan perkhidmatan tersebut terus beroperasi seperti biasa.

Apa pun, dari segi perancangan masa depan, buat masa ini pihak WhatsApp dilihat bakal menyertakan sokongan panggilan suara pada perkhidmatan tersebut. Bagaimanakah ia akan berfungsi sepenuhnya masih tidak diketahui lagi.

WhatsApp sedia mengubah landskap permesejan, dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia untuk menghantar dan menerima mesej. Mungkinkah dengan pengenalan fungsi panggilan suara, ia bakal sekali lagi mengubah bagaimana kita menggunakan fungsi panggilan pada peranti kita?

Selain WhatsApp, kebanyakkan aplikasi permesejan lain sedia menawarkan sokongan panggilan suara, namun dari segi pengguna, boleh dikatakan WhatsApp mempunyai angka pengguna yang tinggi.

Nota: