Terkini: Apabila Menteri Hasan Malek dibodohkan dan dibangangkan di Facebook…

Terkini: Apabila Menteri Hasan Malek dibodohkan dan dibangangkan di Facebook…

Rakyat Malaysia kini bukan lagi sama dengan rakyat negara ini tahun 1960-an atau 1970-an. Apabila pemimpin atau menteri mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak bijak, respon mereka amat parah.

Terbaru, kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek bahawa Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli boleh menurunkan harga petrol apabila beliau (Rafizi) menjadi pemerintah negara ini, menyebabkan menteri itu dibodohkan dan dibangangkan “kaw-kaw” oleh ramai pengguna laman sosial Facebook, sejak semalam.

Sebelum itu, portal Astro Awani Online melaporkan Hasan sebagai berkata:

“Dia (Rafizi) boleh kalau hendak umum harga minyak tetapi tunggu masa dia memerintah negara,” kata Hasan merujuk kepada setiausaha agung PKR itu.

Foto dari malaysianinsider.com
Foto dari malaysianinsider.com

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini menggesa kerajaan menurunkan lagi harga minyak ke paras RM1.91 seliter untuk RON95, dan RM1.64 seliter untuk diesel.

Seorang daripada pengguna Facebook dengan nama Marcus Loi menyerang Hasan Malek sebagai “bodoh punya kabinet menteri (menteri kabinet)”.

Seorang lagi dengan nama Ori D11 menulis, “bodoh tahap ape nth…(bodoh tahap apa tak tahulah)”.

Bagi Ori D11, menteri itu sepatutnya menjawab kritikan Rafizi secara bijak.

“Sangkal kn lah jawapan rafizi klu dia mengarut..ni jwb mcm bdk sekolah (sangkalah Rafizi jika benar dia mengarut. Ini jawapan (menteri) seperti budak sekolah),” tulisnya.

Lebih daripada itu, seorang pengguna Facebook menggelarkan Hasan Malek sebagai “menteri syaitan”.

Pengguna laman sosial yang menggunakan nama Simon Tan itu menyoal, jika pembangkang tidak beri tekanan adakah “menteri syaitan ini” akan menurunkan harga minyak?

Menurut Simon Tan, jika tidak ada bantahan daripada pembangkang, kerajaan akan “buat selamber saja cekik duit rkyt sampai kering (buat selamba saja cekik duit rakyat sampai habis)”.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Faizal Othman mencatatkan:

“Banjir beransur ansur surut tapi bangang yang sorang ni tx surut2. Bagi la jawapan yg bernas skit utk jawab soalan rafizi (Banjir beransur surut tetapi bangang yang seorang ini (Hasan Malek) tidak surut lagi. Berilah jawapan yang bernas sedikit untuk jawab Rafizi)”.

Leonard Yang pula menganggap kenyataan Hasan Malek sebagai “Bangang yang Nombor 1 pada tahun 2015”.

Lebih banyak kecaman terhadap Hasan Malek dapat dibaca di sini.

Apa maknanya apabila menteri dibodohkan dan dibangangkan oleh rakyat? Maknanya ialah rakyat kini tidak dapat menerima bulat-bulat dan semborono sahaja kenyataan dan perlakuan pemimpin mereka.

Pemimpin perlu akur bahawa zaman rakyat menelan mentah-mentah apa yang disuapkan dan dihidangkan oleh pemimpin menerusi media yang dikawal, sudah lama berlalu.

Sekarang ialah era pemerintah dan pemimpin perlu menjadi bukan sahaja lebih bijak, malah ternampak jelas lebih pandai dan bijaksana pada mata rakyat yang tahap pemikiran dan intelektualnya lebih tinggi berbanding pemimpin mereka.

Berubahlah pemimpin jika anda mahu kekal dihormati dan diundi. Pemikiran anda sepatutnya lebih tinggi daripada pemikiran rakyat agar anda tidak semudahnya dibodohkan dan dibangangkan! – inimajalah.com

Nota: