Tempahan Nvidia Shield Tablet Bermula Di UK

Nvidia telah melengkapkan tablet Nvidia Shield Tablet keluarannya dengan teknologi 4G LTE di samping menambahkan jumlah ruang storan yang ada padanya.

Nvidia Shield Tablet

Ia akan mula diedarkan sebelum musim cuti Krismas yang bermula hujung Disember ini.

Nvidia Shield Tablet

Tempahan Nvidia Sield Tablet Bermula Di UK

Nvidia telah mula mengambil tempahan untuk versi 32GB 4G LTE tablet 7 incinya, Nvidia Shield Tablet, mulai hari ini di UK dan harganya tidaklah melampau pada GBP 299.99 (RM 1600 +/-). Tempahan ini akan mula diedarkan kepada pelanggan pada 30 September 2014.

Namun, harga tersebut tidak termasuk alat kawalan wireless Shield yang berharga GBP 50 (RM270+/-)  yang dijual berasingan.

Versi asal Shield Tablet yang dilancarkan dalam bulan Julai lalu dilengkapi pemproses Tegra K1 dengan 192 core grafik dan kebolehan untuk strim permainan video terus dari PC. Seperti model asal, model dengan kebolehan 4G dilengkapi pemproses sama, disokong 2GB RAM dan kebolehan untuk menyiarkan permainan video pemain menggunakan Twitch.

Namun, pengguna perlu melangan plan data untuk memanafaatkan kebolehan 4G yang ada padanya. Tetapi memandangkan tablet ini tidak dipasangkan dengan mana-mana telco, pengguna UK  bebas membuat pilihan telco yang mereka percayai.

The post Tempahan Nvidia Shield Tablet Bermula Di UK appeared first on TechKini.com.

Nota: