Pelbagai ura-ura dan desas-desus sebelum ini telah mengatakan YouTube akan memperkenalkan perkhidmatan langganan muzik berbayar mereka pada tahun ini. Namun, kini nampaknya ditangguhkan dan disasarkan untuk pelancaran pada awal tahun hadapan.
YouTube sedia menjadi destinasi ramai untuk membuat carian video di arena internet. Kini, mengikut laporan awal, YouTube dikatakan akan hadir dengan perkhidmatan muzik mereka tersendiri dan menawarkan perkhidmatan langganan percuma dan berbayar melaluinya.