Nokia Terbitkan Aplikasi HERE Maps Di Windows Store

Nokia sedia menawarkan aplikasi pemetaan mereka untuk pengguna Windows Phone, dan kini, dengan adanya tablet Lumia 2520 mereka, Nokia turut sama menerbitkan aplikasi pemetaan mereka di Windows Store. Seperti beberapa aplikasi di Windows Phone, aplikasi HERE Maps ini dilihat eksklusif untuk Lumia 2520 buat masa ini.

Kemaskini Windows RT 8.1 Diterbitkan Semula Di Windows Store

Beberapa hari yang lepas, pihak Microsoft telah menarik kembali kemaskini Windows RT 8.1 daripada Windows Store, disebabkan beberapa pengguna yang melaporkan masalah ketika proses menaik-taraf peranti Windows RT mereka. Kini, selepas beberapa hari, ia dilihat Microsoft telah menerbitkan semula Windows RT 8.1 di Windows Store.