Kemaskini Windows RT 8.1 Diterbitkan Semula Di Windows Store

Beberapa hari yang lepas, pihak Microsoft telah menarik kembali kemaskini Windows RT 8.1 daripada Windows Store, disebabkan beberapa pengguna yang melaporkan masalah ketika proses menaik-taraf peranti Windows RT mereka. Kini, selepas beberapa hari, ia dilihat Microsoft telah menerbitkan semula Windows RT 8.1 di Windows Store.