Pihak HTC sebelum ini telah hadir dengan Nexus One beberapa tahun yang lepas. Selepas itu, mereka tidak hadir dengan peranti Nexus, sebaliknya beberapa pengeluar lain mengeluarkan peranti jenama tersebut, termasuk Asus dan juga Samsung.
HTC baru-baru ini telah memperkenalkan phablet daripada mereka, dinamakan sebagai HTC One Max, dan kini mengikut laporan Financial Times, pihak HTC dilihat ingin hadir dengan sebuah tablet tidak lama lagi.