Medium merupakan salah satu perkhidmatan penulisan dan perkongsian artikel daripada pengasas Twitter. Hari ini, mereka memperluaskan penawaran mereka dengan memperkenalkan sebuah aplikasi iPhone khusus untuk perkhidmatan tersebut.
Medium sebelum ini telah ditawarkan dalam bentuk beta yang memerlukan pengguna untuk menerima emel jemputan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya. Kini, selepas dalam fasa ujian untuk beberapa bulan, perkhidmatan tersebut dibuka kepada umum.