Microsoft telah memulakan kemaskini Lumia CYAN kepada para pengguna peranti Lumia Windows Phone 8 sejak daripada minggu lepas secara berperingkat, dan hari ini kemaskini sama turut diperkenalkan kepada pengguna Lumia 1320 di Malaysia.
Nokia Malaysia hari ini berkongsi mengenai satu lagi phablet Windows Phone daripada mereka, iaitu Lumia 1320. Peranti tersebut bakal ditawarkan di Malaysia bermula 17 Januari 2014 kelak.
Lebih kurang menyerupai Nokia Lumia 1520, pihak Nokia turut sama melancarkan Nokia Lumia 1320 yang mana turut sama menyertakan skrin bersaiz 6-inci, tetapi membawakan spesifikasi yang agak kurang dan dijual pada harga lebih rendah.
Kurang 12 jam lagi, pihak Nokia bakal mengadakan acara media mereka mengumumkan beberapa peranti baru. Mengikut laporan awal, ia dikatakan sebanyak enam peranti baru bakal diumumkan, dan kini satu lagi gambar peranti baru tertiris, dinamakan sebagai Lumia 1320.