Boleh dikatakan pada hari ini, kita membawa telefon pintar ke mana-mana jua. Perkara ini sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu tempat baik untuk merekod pelbagai perkara, termasuk perbelanjaan harian anda.
Untuk telefon pintar, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan untuk memantau perbelanjaan disamping mencatatkan wang yang dikeluarkan setiap hari. Salah satu aplikasi seumpamanya untuk Android adalah Expense Manager.