Google Menambah Data “2014 FIFA World Cup” Pada Enjin Carian

Bersempena dengan 2014 FIFA World Cup yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, pihak Google dilihat menambah satu demi satu data berkaitan dengannya pada perkhidmatan mereka. Selepas menambah sokongan Street View untuk stadium, kini Google turut menambah data berkaitan Piala Dunia FIFA tersebut di enjin carian.