Google hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Google Currents untuk Android, yang mana sekaligus menamatkan aplikasi tersebut dan membawa pengguna untuk memasang aplikasi Google Play NewsStand.
Tag: Google Play Newsstand
Play Magazines Dan Currents Digabung Menjadi Satu – Google Play Newsstand
Google Currents merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google seumpama Flipboard, membolehkan pengguna untuk mengikuti pelbagai laman web dan blog yang dilanggan mereka melaluinya. Hari ini, ia dilihat Google menyatukannya bersama-sama aplikasi Play Magazines, dan menamakannya sebagai Google Play Newsstand.