Nampaknya, pihak Twitter hari ini memperkenalkan perubahan kecil pada laman web mereka, dimana mereka telah menambah sebuah butang kecil pada menu navigasi dalam memudahkan pengguna untuk mengakses Direct Message.
Twitter akhir-akhir ini dilihat seperti memberikan perhatian dan fokus terhadap fungsi Direct Message mereka, dan terkini ia dikatakan penyedia perkhidmatan sosial tersebut sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah aplikasi khusus yang didedikasikan untuk fungsi tersebut.