Bagi pengguna tempatan, seperti dijanjikan pihak BlackBerry, mereka telah mula memperkenalkan kemaskini BlackBerry 10.2 yang mana membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Kemaskini ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat mengikut syarikat telekomunikasi yang digunakan pengguna.